Thursday, October 3, 2013

Mungkin hari ini, hari terakhir Di Makmal Komputer SMK Teriang Hilir

Diantara para pelajar yang sedang melayari Frog VLE menggunakan Chrome Book
Pagi tadi ketika baru sampai ke sekolah.  Kerani pesan, Pengetua nak jumpa.  Rupanya ada surat dari Jabatan, pindah sekolah.  Nak cakap apa lagi.   Petang nanti jam 3.00 petang kena pergi Balai Gadang di JPNNS. Barulah tahu ke sekolah mana.

Tuesday, October 1, 2013

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) buat blog Guru-guru Bidang Teknik & Vokasional

Latihan membuat blog (blogspot.com)  ini diadakan  pada hari Selasa (1 Oktober 2013) bertempat di Makmal Komputer SMK Teriang Hilir mulai jam 3.00 petang.
Di antar guru BTV yang hadir

Guru yang hadir:

1.  En. Ikhwan Azizi b Shaori  Ketua Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

2.  Cik Jamaliah bt Jamaludin Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan (LKJ)
3.  Cik Siti Aishah bt Rosli Ketua Panitia Prinsip Perakaunan
4.  Cik Norlela bt Yaakob  Guru  Mata Pelajaran Vokasional (MPV)-Seni Reka Tanda
5.  Pn. Sabrini bt Abu Hassan  Ketua Panitia Mata Pelajaran Vokasional (MPV)- MPED
6.  En. Hamizun bin Jamil Ketua Panitia Sains Pertanian
7.  Pn. Rozita bt Othman Ketua Panitia Ekonomi Rumah Tangga (ERT)

Penceramah:  En. Rahman b Mohammad Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik & Vokasional                            (GKMPTV)  SMK Teriang Hilir


Kursus singkat yang diadakan ini hanyalah sekadar  pemangkin  untuk guru-guru BTV menceriakan lagi blog yang telah diwujudkan agar bermanaafat sekurang-kurangnya kepada warga SMK Teriang Hilir. 


Mohon izin kebenaran  nota slideshare Mohd Irwan..Klik

Tuesday, September 24, 2013

Kunjungan YB ke teratak kami

Kunjungan YB Datuk Jalalludin bin Hj Alias Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan YB Sg Lui En. Mohd Razi b Mohd Ali ke teratak kami..Terima kasih YB.

Monday, September 2, 2013

RON 95 dan Diesel naik harga selepas tengah malam ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini. RON 95 menjadi RM2.10 dan Diesel RM2.00 seliter.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON 95 dan RM1 seliter bagi diesel.

 Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON 95 dan 80 sen seliter untuk diesel. Sejumlah RM1.1 billion dapat dijimatkan oleh kerajaan untuk tahun ini.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Belanjawan 2014 yang jumlahnya akan diumumkan semasa pembentangan belanjawan itu yang dijadualkan pada 25 Okt ini.

Thursday, August 29, 2013

GST dan kesannya kepada pengguna

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

 VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice LaurĂ©, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.


 Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US , mengenakan cukai jualan , biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hampir semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumbang kedua besar kepada perolehan negara. GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah.

 GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan. GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga.

 Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai. Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

 Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai "kredit cukai input''.
Untuk lebih jelas..klik